Apakah itu Rakaniaga Affiliate

Rakaniaga Affiliate adalah cara yang hebat untuk memperoleh pendapatan bagi syarikat-syarikat dan mereka yang aktif. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan produk atau perkhidmatan untuk syarikat lain untuk menerima komisen.

Anda boleh lakukannya online atau offline, bergantung kepada program. Bila sesuatu aksi terjadi – affiliate akan menerima bayaran. Ini boleh berbentuk pembelian, pendaftaran, pemasangan, deposit atau sebarang 'conversion' lain. Kembangkan keuntungan anda sekarang!

Contoh Affiliate

  • 1Pelanggan lawat laman web anda
  • 2Anda lencongkan pelanggan ke FBS
  • 3Anda menerima bayaran kerana membawa pelanggan ke FBS

Program Rakaniaga FBS

FBS menawarkan dua jenis kerjasama iaitu program rakaniaga Affiliate dan Introducing Broker untuk meraih manfaat dari Forex. Setiap satu dari program tersebut dibangunkan secara berasingan untuk menepati keperluan rakaniaga yang berminat.

Affiliate FBS

Introducing Broker FBS

FBS
Affiliate
Sesuai untuk pakar trafik online
  • Meliputi kebanyakan interaksi menerusi aktiviti-aktiviti online
  • Dapatkan sehingga 70% perkongsian pendapatan atau sehingga $16 bagi setiap CPA pelanggan anda
  • Gunakan analisis trafik yang ekstensif untuk mengoptimumkan kualiti 'leads' dan meningkatkan pendapatan anda
  • Tersedia untuk semua produk FBS, baik web mahupun aplikasi peranti mudah alih
FBS
Introducing
Broker
Untuk aktiviti tempatan dan kenalan peribadi
  • Menjalin kontak langsung & hubungan rapat dengan pelanggan-pelanggan mereka
  • Komisen sehingga $80 bagi setiap lot yang didagangkan oleh pelanggan anda
  • Dapatkan bahan-bahan promosi unik bagi aktiviti offline di atas permintaan

Sertai keluarga rakaniaga FBS dan raih pendapatan dengan broker terkenal dunia di sisi anda.

Polisi privasi
1. PERATURAN AM

FBS Affiliate menghormati privasi mana-mana pengguna yang mengakses laman-laman webnya; justeru, syarikat komited melindungi bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada, pemohon dan pelawat. Polisi privasi yang ada ini ('Polisi Privasi') menerangkan proses pengumpulan, penyimpanan, perlindungan dan pengagihan maklumat pelanggan yang diperolehi oleh syarikat.

2. KEIZINAN DARI ANDA

DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN/ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI, ANDA SETUJU DENGAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG TERMAKTUB DI DALAM POLISI PRIVASI INI, TERMASUK YANG BERKAITAN DENGAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA (SEPERTI YANG DITAKRIFKAN DI BAWAH). JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN MANA-MANA TERMA YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI.

3. BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat dikumpul dari aktiviti anda di laman web FBS Affiliate

  • Kepala HTTP
  • Alamat Protokol Internet (IP)
  • Cookies
  • Isyarat web and tag pixel
  • Data pengenalan pelayar
  • Maklumat konfigurasi perisian dan perkakasan
  • Tarikh dan masa pengaksesan laman web dan servis
  • Maklumat lokasi geografi
  • Lain-lain maklumat peribadi yang diperlukan untuk pemprosesan sejajar dengan syarat-syarat laman web
  • Maklumat peribadi yang diterima oleh Syarikat daripada para Rakaniaga FBS sejajar dengan terma-terma dan syarat-syarat perjanjian-perjanjian yang telah dimasuki oleh anda dan Rakaniaga anda, serta perjanjian-perjanjian yang dimasuki oleh Syarikat dan Rakaniaga terbabit.

Kami akan menggunakan maklumat mengenai anda yang kami kumpul untuk:

  • Membolehkan anda log masuk ke FBS Affiliate;
  • Menghubungi anda tentang akaun anda dan/atau servis-servis yang FBS Affiliate tawarkan.
  • Menghubungi anda tentang akaun anda dan/atau servis-servis yang FBS tawarkan.
  • Menguruskan hubungan pemasaran kami. Ini termasuk namun tidak terhad kepada:
    • Mempelajari tentang minat-minat dan keutamaan anda agar kami dapat menghubungi anda dengan maklumat yang relevan kepada anda dan membantu kami menyasarkan komunikasi pemasaran dan pengiklanan supaya ia lebih relevan kepada anda.
    • Menggunakan data anda yang telah disamarkan untuk menunjukkan kepada anda iklan-iklan di platform media sosial, seperti Facebook atau menerusi pengiklanan pihak ketiga yang lain yang mungkin akan terpapar pada laman-laman web yang anda gunakan. Maklumat yang dikongsikan dengan platform-platform ini disamarkan untuk melindungi data peribadi anda.
    • Menganalisa dan mempertingkatkan kualiti Laman dan servis kami secara berterusan dan membantu kami melakukan ujian terhadap versi-versi Laman secara dalaman untuk membina ciri-ciri baru dan memastikan pengoperasian servis FBS Affiliate berjalan dengan efisien.
    • Mengesan dan mengurangkan fraud serta risiko kredit.

Maklumat yang dikumpul dari Laman Peribadi anda di laman web FBS Affiliate

Bila anda mendaftar untuk akaun-akaun real dan/atau demo dengan FBS Affiliate, Syarikat mengumpulkan data-data dari jenis yang berikut:

  • Maklumat peribadi yang anda berikan untuk mematuhi kehendak terma-terma dan syarat-syarat Syarikat, seperti nama anda, nombor telefon, umur, alamat fizikal dan alamat emel
  • Maklumat pembayaran
  • Maklumat dokumen pengenalan (pasport atau kad pengenalan kebangsaan)

Kami akan menggunakan maklumat mengenai anda yang kami kumpul untuk:

  • Mengesahkan identiti anda dan menjalankan pemeriksaan yang diwajibkan ke atas kami untuk melakukannya oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada “kenali pelanggan anda”, anti pengubahan wang haram, fraud, sekatan dan individu yang mempunyai pengaruh politik;
  • Menghubungi anda berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan akaun anda termasuk, namun tidak terhad kepada, permohonan sebarang maklumat dan/atau dokumen tambahan ;
  • Menyesuaikan produk-produk dan servis-servis yang ditawarkan menerusi laman web kepada anda termasuk, namun tidak terhad kepada, melakukan penilaian kesesuaian dan kewajaran untuk menggunakan servis dan/atau produk kami (contohnya, menerusi emel, notifikasi tolakan, mesej teks, dan saluran pemasaran dalam talian) supaya kami dapat menghantar kepada anda berita-berita FBS, butiran tentang fitur dan kandungan terbaru yang disediakan di FBS, tawaran-tawaran istimewa, pengumuman promosi, kaji selidik konsumer, dan untuk membantu anda dengan permohonan operasi seperti permohonan pemulihan kata laluan. Sila lihat seksyen 'Pemberitahuan emel'' di Tetapan Profil dalam Laman Peribadi untuk mengetahui cara menetap atau mengubah pilihan tetapan komunikasi anda.
  • Menilai risiko kredit anda;
  • Menilai markah risiko anda berdasarkan parameter yang ditentukan oleh FBS Affiliate;;
  • Menyenggara rekod-rekod pentadbiran yang berkaitan dengan bisnes kami;
  • Mengadakan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi akaun anda termasuk, namun tidak terhad kepada, melaksanakan pengesahihan dwi-faktor;
  • Membekalkan kepada anda notis-notis berkaitan dengan akaun anda, berita am, berita terkini pasaran dan lain-lain bahan pemasaran.
4. BAGAIMANA KAMI BOLEH KONGSIKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Syarikat berhak untuk mendedahkan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda kepada:

  • Sekutu dan syarikat-syarikat yang sekumpulan dengan kami;
  • Penyedia-penyedia servis kepada FBS Affiliate, termasuk syarikat-syarikat pengehosan IT;
  • Bank-bank, lain-lain institusi kewangan dan agensi-agensi rujukan kredit;
  • Syarikat-syarikat pihak ketiga dalam keadaan di mana FBS Affiliate terlibat di dalam suatu transaksi korporat yang berpotensi berlaku atau yang benar-benar berlaku, seperti penggabungan, usaha sama, penggabungan, atau penjualan aset;
  • Syarikat-syarikat pihak ketiga dalam keadaan di mana FBS terlibat di dalam suatu transaksi korporat yang berpotensi berlaku atau yang benar-benar berlaku, seperti penggabungan, usaha sama, penggabungan, atau penjualan aset;
  • Penasihat-penasihat profesional seperti peguam-peguam, akauntan-akauntan, juruaudit-juruaudit, profesional kewangan dan para profesional lain;
  • Pihak berkuasa kawal selia termasuk pihak-pihak berkuasa percukaian;
  • Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah dan lain-lain tribunal yang relevan.