Pelajaran 4. Istilah-istilah penting 5-7 minit untuk dibaca

Wah, anda sudah sampai ke pelajaran 4! Maknanya anda memang benar-benar serius. Hebat! Mari kita lihat istilah-istilah utama yang perlu diketahui oleh setiap pedagang. Penjelasan di bawah akan membantu anda mengurus dana dan risiko anda untuk memerah sebanyak mungkin manfaat daripada urusniaga anda.

Lot

Lot hanya bermaksud suatu bilangan unit aset yang anda dagangkan, sama ada pasangan matawang, saham atau indeks.

Dalam perdagangan Forex, satu lot standard bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas. Ini bermakna jika anda ingin dagangkan 1 lot EURUSD, anda memerlukan 100,000 euro. Selain dari lot standard, ada terdapat juga lot mini (10,000 unit) dan lot mikro (1,000 unit).

1.jpg

Untuk saham, 1 lot biasanya bersamaan dengan 100; Untuk indeks ia adalah 10.

Mungkin anda masih ingat dari pelajaran sebelum ini, apabila anda membuka suatu urusniaga perdagangan, anda perlu memilih volumnya. Volum '1' bermaksud 1 lot. Posisi terkecil yang anda boleh buka ialah 0.01 lot. Bagi pasangan matawang pula, nilainya sekitar $1,000.

"Tetapi bagaimana jika saya tidak mahu melaburkan $1000 dalam satu urusniaga?"

Bertenang, anda tidak memerlukan wang yang banyak untuk berdagang! Terus terang kami katakan, anda boleh mula berdagang dengan hanya $5 kerana anda boleh menggunakan apa yang dipanggil sebagai ‘leveraj’. Buat masa ini, hanya ingat sahaja dahulu maklumat tentang lot ini, nanti anda akan faham sendiri semuanya.

Poin

Poin merupakan perubahan terkecil pada harga yang boleh dilakukan oleh aset. Sebagai contoh, sebut harga GBPUSD dinyatakan seperti ini: 1.26541, iaitu ia disebut dengan lima tempat perpuluhan. Pada 15 June, pasangan itu telah naik daripada 1.26541 kepada 1.27832. Dalam erti kata lain, ia melonjak sebanyak 1289 poin. Satu lagi contoh: pada 12 Jun, GBPUSD telah menjunam daripada 1.25696 menjadi 1.25053. Penyusutan ini adalah sebanyak 643 poin.

2.png

"Saya pernah dagangkan USDJPY dan mendapati bahawa pasangan ini hanya mempunyai 3 tempat perpuluhan. Jadi, bagaimanakah?"

Benar, pasangan yang mengandungi JPY mempunyai tiga tempat perpuluhan. Sebagai contoh, kadar tukaran dolar AS/yen Jepun adalah 103.705. Tempat perpuluhan terakhir harga/sebut harga mewakili satu poin.

3.png

"Bagaimana cara untuk mengira nilai satu poin?"

Nah, itu soalan yang bagus. Katakan anda ingin dagangkan USDJPY. Kadar tukarannya ialah 144.000.

0.001 (satu poin) / 144.000 (kadar tukaran) X 100,000 (satu lot standard) = $0.694 per poin

"Bagaimana pula dengan EURUSD?

Mari kita kirakan untuk pasangan di mana USD ialah matawang sebut harga seperti EURUSD. Ia lebih mudah kerana kita tidak perlu mengambil kira kadar tukaran semasa.

0.00001 / 1 x 100 000 = $1 per poin

Leveraj

"OK, sekarang saya ingin mula berdagang, tetapi saya mempunyai hanya 10 dolar sahaja. Adakah ia satu masalah?"

Tidak sama sekali! Seperti yang telah kami katakan di atas, deposit minimum di FBS ialah $5. Pedagang memerlukan $1000 untuk membuka pesanan dengan satu lot mikro. Berita baiknya di sini ialah broker telah menemukan jalan keluar untuk permasalahan ini – leveraj. Broker akan menyediakan untuk pedagang $995 untuk setiap $5 wang pedagang jika leveraj ialah 1:200. Dan leveraj boleh dilaras sehingga setinggi 1:3000!

4.png

"Jadi saya hanya perlu sediakan lima dolar, manakala $995 lagi akan disediakan oleh broker?"

Tepat sekali! Anda tidak perlu melaburkan sendiri semua wang ini – anda boleh meminjamnya daripada broker anda.

Di FBS, leveraj boleh berbeza-beza bagi setiap akaun yang anda miliki – ia boleh diakses melalui Laman Peribadi dan diubah dalam tetapan Akaun. Anda perlu memilih leveraj yang sesuai dengan kemahiran anda: ingat bahawa walaupun leveraj menggandakan potensi keuntungan anda, ia juga meningkatkan kerugian anda jika pasaran bergerak melawan anda.

Margin

Sekarang setelah anda tahu apa itu leveraj, memahami margin akan menjadi lebih mudah! Dalam perdagangan Forex, margin ialah jumlah dana yang diperlukan daripada pedagang untuk membuka posisi.

Margin ialah $5 yang pedagang sediakan sekiranya beliau menggunakan leverage 1:200 dalam contoh di atas.

Dana yang anda miliki dalam akaun perdagangan anda ialah wang yang boleh anda gunakan sebagai margin. Nilai margin akan bergantung pada nisbah leveraj serta saiz urusniaga pedagang tersebut.

Platform perdagangan anda akan menunjukkan kepada anda margin bebas ("free margin", atau margin yang boleh digunakan) dan angka tahap margin ("margin level"). Margin bebas ialah wang yang anda ada di dalam akaun anda yang boleh digunakan untuk mengekalkan posisi aktif anda atau untuk membuka posisi yang baharu. Tahap margin ialah nisbah Ekuiti anda berbanding Margin Digunakan ("Used Margin") posisi aktif anda, ditunjukkan dalam bentuk peratusan.

Tahap margin pada akaun yang sihat sentiasa lebih dari 100%.

Rollover

Rollover ialah proses apabila suatu posisi itu dibiarkan aktif semalaman. Apabila itu berlaku, kadar faedah bagi kedua-dua matawang yang membentuk pasangan FX akan dikira antara satu sama lain. Bergantung pada kadar faedah yang berkuat kuasa pada saat tersebut, pedagang sama ada akan dikreditkan (dibayar) atau dicaj satu amaun yang tertentu.

Swap

Amaun yang boleh diterima atau dibayar oleh pedagang lantaran dari rollover dipanggil swap. Rollover boleh mendatangkan faedah swap atau caj swap, bergantung pada perbezaan kadar faedah. Bank pusat sesebuah negara akan menetapkan kadar faedah matawang bagi negara itu. Biasanya, kadar faedah dipengaruhi oleh acara penting ekonomi di negara berkenaan, yang boleh anda pantau di kalendar ekonomi.

Kadar swap ialah kadar faedah bagi satu matawang dalam pasangan ditolak kadar faedah bagi matawang yang satu lagi. Matawang yang mana anda tolak bergantung pada jenis urusniaga yang anda buka: long atau short.

Swap Long dan Swap Short dalam Perdagangan Forex

Urusniaga long (atau urusniaga bullish) ialah apabila anda membeli aset dengan jangkaan bahawa nilainya akan meningkat.

Urusniaga short (atau urusniaga bearish) pula adalah sebaliknya: anda menjual suatu aset menjangkakan nilainya akan menyusut.

Jadi, jika anda bertindak long dengan EURUSD (membeli euro dan menjual dolar AS), kadar faedah dolar ditolak daripada kadar faedah euro. Untuk urusniaga jual bagi EURUSD, kadar faedah euro ditolak daripada kadar faedah dolar.

Syukurlah, anda tidak perlu mengira swap setiap kali anda berdagang: ada alat yang dibuat khas untuk mengiranya. Anda boleh menyemak kadar swap pada spesifikasi instrumen setiap urusniaga perdagangan.

5.png
6.png

Renti Rugi

Ada dua jenis pesanan yang istimewa yang berfungsi menutup urusniaga: pesanan Ambilan Untung (Take Profit) atau TP dan pesanan Renti Rugi (Stop Loss) atau SL. Pesanan ini menjadikan hasil perdagangan anda lebih mudah diramal.

7.png

Renti Rugi ialah pesanan keluar posisi, yang digunakan untuk mengehadkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh pedagang jika pasaran bergerak melawan mereka.

Apabila anda membuka pesanan, adalah lebih baik untuk meminimumkan risiko. Jadi, jika anda membuka pesanan beli, letakkan Renti Rugi di bawah harga semasa, supaya jika harga jatuh pesanan Renti Rugi anda akan menutup urusniaga anda secara automatik, melindungi anda daripada rugi lebih banyak.

8.png

Pengurusan risiko yang berjaya bermakna kerugian diminimumkan. Renti Rugi boleh diandalkan sebagai penyelesaian yang berkesan. Jika anda sudah memutuskan untuk menggunakan pesanan Renti Rugi, adalah sangat penting untuk mencari tempat yang bagus untuknya. Cara yang paling mudah ialah meletakkan SL untuk urusniaga beli pada paras terendah sebelum ini.

"Ok, saya faham, tetapi mengapa saya perlu menggunakan Ambilan Untung?"

Ambilan Untung

Katakan anda menjangkakan bahawa harga akan naik dan anda mahu membuka pesanan beli. Jika ramalan anda betul, harga akan meningkat naik. Namun, ia tidak akan naik selama-lamanya, dan pasti akan tiba satu ketika di mana ia berpatah balik ke bawah. Itulah sebabnya mengapa anda harus mempertimbangkan untuk menggunakan TP yang akan menutup posisi anda sebelum harga berpatah balik.

Dengan kata lain, TP adalah sasaran keuntungan. Anda perlu meletakkan TP pada aras harga yang anda jangkakan akan dicapai (lazimnya ia harga tertinggi sebelum ini). Jika anda membeli, TP akan berada lebih tinggi dari harga semasa. Jika anda menjual ia akan berada di bawahnya. Itu sahaja! Mudah, kan?

9.png

"Wah, Renti Rugi dan Ambilan Untung sangat berguna! Saya akan menggunakannya!"

Ringkasan pelajaran

  • Pasangan matawang didagangkan dalam lot. Satu lot standard di Forex bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas atau matawang akaun;

  • Satu poin mewakili perubahan terkecil yang boleh dibuat oleh harga;

  • Pedagang boleh menggunakan leveraj untuk meningkatkan amaun modal yang digunakan dalam perdagangan;

  • Pengurusan risiko yang betul bermakna kerugian harus diminimumkan, manakala keuntungan dimaksimumkan, itulah sebabnya pedagang harus menggunakan pesanan Ambilan Untung dan Renti Rugi.

Seterusnya

Seterusnya, anda akan berpeluang untuk menggunakan istilah-istilah yang baru anda pelajari untuk memahami bagaimana keuntungan perdagangan dikira.

Kongsi kepada rakan-rakan: