
Tempoh 100 tahun yang mutakhir ini telah menyaksikan banyak kemajuan dan perubahan yang besar dalam dunia pelaburan. Daripada kemunculan teknologi dan internet kepada penciptaan produk dan strategi pelaburan baharu, pelabur mempunyai banyak peluang untuk mengambil kesempatan daripada apa yang pasaran tawarkan.
Pakar FBS ingin menunjukkan kepada anda trend-trend terhebat serta meluaskan pemahaman pasaran anda melalui artikel ini. Anda akan temui banyak rujukan dan pola yang serupa apabila anda menerokai pasaran.
Buka akaun Demo1960-an: Nifty Fifty
Nifty Fifty ialah sekumpulan 50 saham cip biru dengan rekod pertumbuhan yang tinggi dan popular dalam kalangan pelabur pada dekad 1960-an. Kebanyakan saham ini dikaitkan dengan industri baharu dan inovatif seperti teknologi dan penjagaan kesihatan yang telah berkembang dengan begitu pesat. IBM, Xerox dan McDonald’s adalah syarikat-syarikat yang mewakili pelbagai sektor industri yang dianggap menakjubkan pada tahun 1960-an.
Mereka dikenali sebagai saham "satu keputusan" kerana pelabur diberitahu oleh orang seperti profesor University of Pennsylvania Jeremy Siegel bahawa mereka boleh membeli dan memegangnya selama-lamanya. Walau bagaimanapun, trader yang bijak sentiasa tahu bahawa setiap aset cenderung untuk mengalami pembetulan selepas satu kenaikan berpanjangan.
Hasil daripada pertumbuhan besar "saham cip biru 60-an" lebih tinggi daripada nisbah P/E biasa. Nisbah ini menunjukkan hubungan antara nilai pasaran semasa syarikat dan perolehannya. Jika nisbah P/E terlalu tinggi, seperti yang dialami oleh Tesla pada awal 2021 (1102), maka pelabur pasti sekali sudah terlebih menilai harga saham syarikat itu. Dalam sektor teknologi, P/E yang neutral biasanya dalam julat 25-30.

Nisbah P/E Tesla
1970-an: komoditi dan stagflasi
Trend menaik saham Nifty Fifty telah berakhir pada awal 1970-an, tempoh yang menyaksikan inflasi tertinggi, konflik minyak, dan keputusan serampang dua mata Rizab Persekutuan.

Sumber: YCharts
Pasaran sedang berkembang mendapat durian runtuh daripada Nifty Fifty. Banyak negara membangun, seperti India, mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 1970-an, ini telah membolehkan pelabur memanfaatkan pasaran yang sedang bertumbuh ini.
India menunjukkan purata pertumbuhan KDNK sebanyak 6-7% pada dekad 1970-an, menjadikan negara itu antara negara yang berprestasi terbaik di dunia.

Sumber: tradingeconomics
Bukan itu sahaja yang berlaku pada dekad 1970-an. Perjanjian Bretton Woods telah menambat USD kepada emas dan ia memainkan peranan yang penting dalam pemulihan ekonomi pasca Perang Dunia II. Walau bagaimanapun, sistem ini mula goyah pada akhir 1960-an disebabkan oleh peningkatan kesenjangan ekonomi global dan ketidakupayaan AS untuk mengekalkan kadar pertukaran yang malar antara dolar dan emas. Pada tahun 1971, AS telah memansuhkan standard emas dan sistem Bretton Woods runtuh berikutan tindakan itu. Penamatan perjanjian tersebut telah menyebabkan harga minyak meroket naik, justeru menjadikan Emas Hitam pelaburan yang terbaik dalam dekad tersebut.

Sumber: Bloomberg, data setakat 31 Oktober 2021
Salah satu idea pelaburan terhebat pada abad yang lepas ialah kemunculan industri teknologi. Banyak syarikat teknologi, seperti Apple, Microsoft dan Amazon, telah berkembang menjadi beberapa syarikat yang terbesar dan paling menguntungkan di dunia. Melabur dalam syarikat-syarikat ini lebih awal, semasa fasa pertumbuhan mereka, menghasilkan pulangan yang besar bagi para pelabur.
Tahun 1980-an: kebangkitan dan kejatuhan Jepun
Pasaran saham Jepun mengalami kenaikan dan kejatuhan yang ketara pada dekad 1980-an, dengan peristiwa yang paling dramatik berlaku pada penghujung dekad tersebut. Pada akhir 1980-an, pasaran saham Jepun mengalami perkembangan pesat yang dikenali sebagai “ekonomi gelembung,” yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi dan spekulasi. Pada masa ini, harga saham melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah dan nilai hartanah serta aset lain juga meningkat secara mendadak.
Walau bagaimanapun, gelembung ini akhirnya pecah dan membawa kepada penurunan mendadak harga saham dan kemelesetan dalam ekonomi Jepun. Kejatuhan pasaran saham pada tahun 1990 telah menghapuskan kekayaan bernilai berbilion dolar dan menyebabkan banyak syarikat muflis. Walaupun ada usaha untuk merangsang ekonomi, pasaran saham tidak pulih, dan indeks Nikkei 225 (JP225) masih lebih rendah berbanding situasinya pada dekad 1980-an.

Sumber: FRED
Dekad 1990-an: era sebelum gelembung dot-com
Internet muncul entah dari mana, mencetus hype yang melambung nama syarikat-syarikat internet, yang dikenali oleh orang ramai sebagai "syarikat dot-com." Pelabur mula menilai terlalu tinggi mana-mana syarikat yang terkait dengan internet, dan dunia mula berfikir syarikat internet akan terus berkembang pesat dan tidak pernah berhenti. Didorong oleh beberapa faktor lain, termasuk ekonomi yang kukuh dan kadar faedah yang rendah, menjelang akhir 1990-an, satu gelembung telah terbentuk.
Walau bagaimanapun, gelembung ini akhirnya pecah dan membawa kepada penurunan mendadak harga saham dan kemelesetan ekonomi. Sesetengah syarikat, seperti AT&T, gagal pulih sepenuhnya sehingga sekarang. Yang lain, seperti Amazon, memerlukan hampir sepuluh tahun untuk mencapai paras tertinggi mereka sebelum ini. Secara purata, indeks US100 (NASDAQ) kehilangan 83% daripada nilai pasarannya. Walau bagaimanapun, indeks itu telah meningkat hampir 3000% sepanjang dekad ini.

Sumber: tradingview
Pasaran baharu pada dekad 2000-an
Seperti yang anda boleh lihat, terlebih nilai (overvaluation) adalah masalah biasa yang sentiasa mengekori pasaran hampir pada setiap dekad, yang membawa kepada risiko yang tinggi dan kerugian yang besar. Sejarah berulang, dan pada tahun 2000-an, kita menyaksikan satu lagi penilaian berlebihan. Kali ini, pasaran baru muncul menjadi tumpuan.
Aliran besar pelaburan asing pergi ke negara-negara membangun dengan risiko dan ganjaran yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, Rusia mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak, dan indikator saham utamanya meningkat 880% sepanjang dekad ini, walaupun berlaku kejatuhan pasaran pada tahun 2008.
Pasaran hasil tinggi lain ialah Brazil, dengan pertumbuhan lebih 300%, India, dan China. Sementara itu indeks US500 mengakhiri dekad ini dengan kerugian sebanyak beberapa peratus.

Sumber: Seeking Alpha
FAANG pada dekad 2010-an
Salah satu dekad terbaik untuk gergasi teknologi bermula pada tahun 2010. FAANG bermaksud Facebook (kini Meta), Apple, Amazon, Netflix, dan Google ("G" dalam Alphabet). Walaupun akronim ini pertama kali dicipta dalam dunia kewangan, ia biasanya digunakan dalam bahasa sehari-hari untuk menggambarkan pemain utama dalam dunia teknologi Amerika.
FAANG mendominasi pasaran, dengan penerajunya, Netflix, meningkat lebih 4100% dalam satu dekad. Pada masa yang sama, Apple telah menjadi syarikat pertama yang mencapai nilai pasaran $1 trilion pada tahun 2018. Kemudian, Apple telah menjadi syarikat pertama yang mencecah $3 trilion.

Syarikat-syarikat ini menunjukkan prestasi yang baik sehingga trader runcit kini berpendapat pertumbuhan FAANG akan kekal pantas pada dekad 2020-an. Walau bagaimanapun, pasaran mungkini ada pendapat lain.
Ringkasan dan dekad 2020-an
Dekad ini mempunyai banyak kisah yang akan terkuak satu persatu. Idea-idea pelaburan muncul bertalu-talu dengan krisis kewangan, stagflasi, ketegangan geopolitik dan konflik. Masa FAANG telah berlalu, dan syarikat dan industri besar lain akan bangkit dan berkembang maju.
Antara idea pelaburan terbaik dekad ini, adalah tenaga hijau, pelombong uranium, teknologi blockchain, dan pasaran baru muncul di Asia seperti Indonesia, Filipina, dan Thailand.
Secara keseluruhannya, abad yang lalu telah menyaksikan banyak idea pelaburan hebat yang membolehkan pelabur mengembangkan kekayaan mereka dan mencapai sasaran kewangan mereka. Banyak yang boleh kita pelajari daripada sejarah.
Yang paling penting, pengurusan risiko adalah satu kemahiran yang penting untuk semua peringkat umur.
Daftar sekarang