• 17 May 2024
  • Kisah trader

10 Orang Terkaya Di Dunia

cover.png

Terokai kemuncak kekayaan dengan FBS dengan menyelami kehidupan 10 orang yang terkaya di dunia. Ketahui kesan mereka terhadap saham-saham paling utama, membentuk ekonomi global tidak seperti sebelum ini.

Elon Musk: Merintis Inovasi Merentas Industri

01.png

Graf Nilai Bersih Elon Musk

Elon Musk, lelaki terkaya di dunia dan tokoh berpandangan jauh di sebalik Tesla, SpaceX, dan banyak lagi perniagaan lain, yang merupakan mercu tanda inovasi hari ini. Berkat usahanya yang tidak henti-henti merevolusikan pengangkutan, tenaga dan penerokaan angkasa lepas, Musk telah lama menjadi antara 10 orang terkaya di dunia.

Salah satu perniagaan terkemuka Musk, Tesla, telah menarik banyak perhatian dan pelaburan. Walaupun cabaran yang dihadapi baru-baru ini, seperti permintaan rendah di China dan Eropah dan pengeluaran Model 3 yang terhad di A. S. Tesla masih kekal sebagai peluang pelaburan yang menarik. Sahamnya yang didagangkan pada $177 pada masa terbitan semakin jatuh, tetapi terus menarik pelabur kerana ia melambangkan teknologi disruptif, pendekatan yang berfikiran ke hadapan, dan rancangan bercita-cita tinggi.

Kepimpinan Musk di Tesla telah membawa syarikat tersebut ke hadapan dalam revolusi kenderaan elektrik. Menerusi inovasi menggemparkan dalam teknologi bateri, pemanduan berautonomi, dan solusi tenaga yang mampan, Tesla telah menjadi peneraju global dalam industri automotif. Tambahan pula, visi Musk yang berwawasan menjangkaui Bumi: SpaceX bakal merintis eksplorasi dan kolonisasi Marikh, mengukuhkan lagi statusnya sebagai gergasi industri dan pemacu saham terkemuka di seluruh dunia.

Jeff Bezos: Artiket E-Dagang

Sebagai pengasas Amazon, Jeff Bezos telah mentakrifkan semula e-dagang dan pengkomputeran awan, mengumpul kekayaan dan pengaruh yang belum pernah dilihat sebelum ini. Kepimpinannya yang berwawasan membawa saham Amazon ke tahap yang sukar ditandingi, dan untuk masa yang lama, mengekalkan kedudukannya sebagai sepuluh orang yang terkaya di dunia.

02.png

Pemerolehan Utama Amazon

Saham Amazon, dengan nilai semasa $178, mencerminkan kehadiran ketara syarikat ini di pasaran. Di bawah kepimpinan Bezos, Amazon secara konsisten menunjukkan prestasi kewangan dan pertumbuhan yang kukuh, menjadikannya salah satu daripada saham dengan permintaan tinggi dan paling berharga.

Di luar peruncitan tradisional. Amazon telah meluaskan kehadirannya ke pelbagai industri seperti pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI). Pelaburan syarikat ini dalam pendidikan kecerdasan buatan menunjukkan komitmen Bezos untuk memperkasakan orang ramai dalam menghadapi kemajuan teknologi.

Selain itu, penglibatan Amazon dalam industri farmaseutikal menunjukkan hasrat untuk menggegarkan satu lagi sektor dalam pasaran. Penghantaran ubat pada hari yang sama mencadangkan Amazon bersedia untuk merevolusikan cara orang ramai mengakses produk perubatan dengan mengutamakan kemudahan dan kecekapan konsumer.

Bernard Arnault: Usahawan Kemewahan dan Pempengaruh Global

03.png

75 jenama di bawah LVMH yang dimiliki oleh Bernard Arnault

Kepimpinan Bernard Arnault di LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa industri barangan mewah global yang dihormati. Sebagai penjaga portfolio berpelbagai yang merangkumi rumah fesyen, jenama spirit berprestij dan banyak lagi, pengaruh Arnault menjangkaui lebih jauh sekadar 'haute couture'.

Walaupun kejayaan yang tidak dapat ditandingi, saham LVMH telah jatuh ke aras 820 baru-baru ini. Kemerosotan ini sebahagiannya boleh dikaitkan dengan cabaran yang timbul daripada pemulihan ekonomi China yang lembap, yang telah memberi kesan kepada pelbagai jenama mewah. Walaupun cabaran-cabaran yang dihadapi, industri ini mempunyai tanda-tanda daya tahan.

Pengusaha pusat beli-belah China dan pemain industri lain menjangkakan pertumbuhan dalam sektor barangan mewah China: jualan organik dijangka berkembang sebanyak 0% hingga 5% tahun ini. Lebih daripada itu, terdapat tanda-tanda lantunan semula perbelanjaan pada barangan mewah di luar China, menandakan pemulihan beransur-ansur dalam permintaan global.

Walaupun menghadapi cerun yang curam, penganalisis kekal optimistik tentang prospek jangka panjang saham berkualiti tinggi seperti LVMH. Visi strategi dan komitmen Arnault kepada kecemerlangan mengekalkan posisi LVMH sebagai peneraju dalam pasaran mewah.

Mark Zuckerberg: Mogul Media Sosial

Peranan Mark Zuckerberg sebagai pengasas Facebook dan transformasinya kepada Meta Platform Inc. mempertahankan status beliau sebagai seorang inovator dalam media sosial dan teknologi. Melalui pengambilalihan dan usaha niaga yang strategik, pengaruh Zuckerberg menjangkaui media sosial tradisional dan membentuk landskap saham terkemuka dan sektor teknologi. Pendekatan ini terhadap perniagaan telah lama mencatatkan nama Mark dalam senarai orang terkaya di dunia.

Prestasi Meta baru-baru ini mencerminkan wawasan strategik Mark dan fokus syarikat ini yang sentiasa berevolusi terhadap inovasi. Meskipun cabaran-cabaran yang dihadapi, saham Meta melonjak kepada 495, menandakan pemulihan yang luar biasa daripada paras rendah sebelum ini. Lonjakan harga saham didorong oleh prestasi kewangan kukuh Meta, termasuk peningkatan sebanyak 133% dalam aliran tunai bebas pada tahun 2023.

Memandang ke hadapan, Meta akan menggandakan komitmennya pada kecerdasan buatan (AI) dan metaverse, berdiri teguh di hadapan inovasi teknologi. Inisiatif seperti cermin mata pintar didayakan AI mengesahkan visi Meta yang gempar untuk masa hadapan, dengan usaha untuk mentakrifkan semula sempadan interaksi sosial dan pengalaman digital.

Bill Gates: Visionari Teknologi dan Dermawan

04.png

Nilai Bersih Bill Gate

Bill Gate, pengasas bersama Microsoft dan dermawan yang prominen adalah simbol inovasi teknologi dan kemakmuran global. Selama bertahun-tahun, beliau memegang kedudukan teratas dalam senarai orang terkaya majalah Forbes.

Saham Microsoft kelihatan sihat: ia melonjak ke rekod tertinggi $421, dengan penganalisis yang meramal pertumbuhan selanjutnya kepada $500 pada tahun depan. Peningkatan ini mencerminkan prestasi kewangan dan posisi strategik kukuh Microsoft dalam segmen-segmen pasaran utamanya. Sungguhpun pelaburan yang banyak dalam penyelidikan kecerdasan buatan, Microsoft telah berjaya meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos. Tambahan pula, perniagaan awan syarikat ini telah berkembang pesat, berjaya meraih bahagian pasaran yang besar dalam industri infrastruktur awan.

Legasi Gates adalah lebih sekadar teknologi dan kewangan, berkat hasratnya untuk menyelesaikan masalah global yang kompleks. Melalui usaha dermawannya, Gates menyentuh tentang masalah kesihatan dan kemiskinan global, dan menunjukkan komitmen beliau untuk membentuk masa depan yang lebih cerah.

Steve Ballmer: Titan Teknologi dan Peminat Tegar Sukan

Steve Ballmer, bekas CEO Microsoft, telah membawa perbezaan sebenar dalam industri teknologi dan sukan. Semasa memegang jawatan di Microsoft, kepimpinan Ballmer membentuk trajektori syarikat dan mengukuhkan kedudukannya sebagai titan teknologi.

Pemilikan Los Angeles Clippers oleh Balmer mengukuhkan pengaruh beliau dalam pelbagai bidang, merapatkan jurang antara teknologi dan sukan. Legasi beliau sebagai pemimpin berwawasan menjangkaui bilik mesyuarat korporat, menunjukkan semangat untuk inovasi dan komitmen kepada kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Steve adalah contoh kepelbagaian aktiviti dan kejayaan di kalangan sepuluh orang yang terkaya di dunia.

Warren Buffett: Mahaguru Pelaburan dan Kebijaksanaan Kewangan

05.png

Nilai bersih Warren Buffett sepanjang hidupnya

Warren Buffett, salah seorang orang yang terkaya "old school" di dunia, memiliki pengaruh yang kuat dalam kewangan berkat kehebatan pelaburannya yang tiada tandingannya. Sebagai CEO Berkshire Hathaway, beliau melaksanakan pelaburan strategik yang mempunyai kesan tinggi terhadap saham dan pasaran global, memaparkan kesan beliau yang berpanjangan.

Saham Berkshire Hathaway Inc. meningkat kepada 411, dilonjakkan oleh peristiwa terkini seperti mengekalkan pegangannya dalam Liberty SiriusXM. Terutamanya, Berkshire menambahkan lagi pelaburannya dengan memperoleh pegangan tambahan dalam Sirius XM Holdings bernilai $2.5 bilion, mencerminkan keyakinan dalam masa depan syarikat radio satelit tersebut.

Walaupun terdapat potensi litigasi antitrust yang berkaitan dengan komisen hartanah, Berkshire Hathaway kekal dominan dalam pasaran pembrokeran hartanah kediaman. Saham itu meningkat hampir 27% sepanjang tahun lalu, menghampiri permodalan pasaran sebanyak $1 trilion.

Larry Ellison: Penilik Silicon Valley

Larry Ellison sering kali digelar "the Oracle of Silicon Valley". Sebagai pengasas Oracle Corporation, beliau adalah tokoh yang prominen dalam industri teknologi. Inovasi beliau yang menggemparkan dalam teknologi pangkalan data dan kepimpinan dalam perisian perusahaan telah mengumpul kekayaan yang besar dan memberi kesan yang mendalam kepada saham terkemuka.

Saham Oracle telah melonjak kepada 128, menunjukkan prestasi mantap syarikat ini pada suku tahun terakhir. Dengan hasil yang dilaporkan sebanyak $13.28 bilion, menandakan peningkatan ketara 7.1% tahun ke tahun, dan pendapatan sesaham meningkat kepada $1.41 daripada $1.22 setahun yang lalu, Oracle terus menunjukkan daya tahan dan kekuatannya dalam pasaran.

Sergey Brin and Larry Page: Arkitek dan Inovator Google

Dikenali sebagai arkitek dan inovator Google, Sergey Brin dan Larry Page memainkan peranan penting dalam mencipta Google dan mengubah carian Internet dan inovasi digital. Walaupun kedua-dua ahli perniagaan tidak menduduki tempat teratas dalam senarai sepuluh orang terkaya, sumbangan mereka kepada saham terkemuka dan kemajuan teknologi menunjukkan pengaruh kekal mereka dalam teknologi.

Alphabet, syarikat induk Google, kini didagangkan pada $150. Walaupun beroperasi secara bebas, divisyen Alphabet termasuk Google, Android, YouTube dan lain-lain. Mereka berkongsi tumpuan pada pengiklanan, yang menjana 76% daripada hasil syarikat.

Penganalisis Wall Street mengunjurkan trajektori pertumbuhan Alphabet sebanyak 11% dalam tempoh dua tahun akan datang, meletakkan saham di landasan yang betul untuk menyampaikan pulangan terkemuka pasaran melebihi 10% setiap tahun. Selain itu, perbelanjaan berdisiplin Alphabet meningkatkan keuntungan operasinya dan prestasi keseluruhan.

Soalan Lazim: Menavigasi Orang Terkaya Di Dunia

Siapakah orang yang terkaya di dunia?

Jawapan tentang siapa orang yang terkaya di dunia memerlukan sedikit penerangan. Gelaran ini berubah antara orang, tetapi menurut data terkini, ia kini dipegang oleh Elon Musk, CEO Tesla dan SpaceX.

Siapakah 10 orang yang terkaya di dunia?

Pada masa terbitan, senarai sepuluh orang yang terkaya di dunia termasuk:

  • Elon Musk
  • Jeff Bezos
  • Bernard Arnault
  • Mark Zuckerberg
  • Bill Gates
  • Steve Ballmer
  • Warren Buffett
  • Larry Ellison
  • Larry Page
  • Sergey Brin

Bagaimanakah individu-individu ini mengumpul kekayaan mereka?

Mereka telah mengumpul kekayaan mereka dan menjadi orang yang terkaya di dunia melalui pelbagai cara, termasuk keusahawanan, inovasi, pelaburan dan kejayaan syarikat mereka. Beberapa daripada mereka merupakan pengasas atau pengasas bersama beberapa syarikat teknologi yang besar, manakala yang lain pula menghasilkan kekayaan mereka melalui pelaburan dalam pelbagai industri seperti teknologi, peruncitan dan kewangan.

Bagaimanakah orang yang terkaya di dunia mengimpak saham utama dan ekonomi global?

Orang yang terkaya di dunia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap saham utama dan ekonomi global. Keputusan strategik mereka, pelaburan dan sentimen pasaran boleh mempengaruhi harga saham dengan ketara, prestasi syarikat, inovasi dan keseluruhan trend ekonomi.

Kesimpulan: Kesan Kekal Kekayaan dan Kepimpinan

10 orang terkaya di dunia mempunyai engaruh yang tiada tandingan ke atas saham utama dan ekonomi global. Melalui kepimpinan berwawasan, usaha niaga inovatif, dan pelaburan strategik, mereka membentuk industri dan memacu pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia. Legasi mereka memberi inspirasi kepada generasi-generasi akan datang.

Kongsi kepada rakan-rakan: