Orang yang taat beragama cenderung merenungkan sama ada setiap aktiviti mereka selari dengan norma-norma kepercayaan mereka. Oleh kerana Islam agama yang komprehensif dan mentadbir segenap aspek kehidupan penganutnya, mereka kadang-kadang tertanya-tanya jika perdagangan secara umumnya, dan forex khususnya, adalah halal.
Perdagangan dalam talian membuka peluang kepada orang ramai di seluruh dunia, termasuk di negara-negara Islam, untuk meraih keuntungan. Oleh kerana ia boleh dijadikan sumber pendapatan, baik secara sepenuh masa atau sampingan, wajarlah jika umat Islam juga mahu berdagang dan menginginkan akaun dan ciri-ciri trading yang mematuhi prinsip kewangan Islam. Jadi, apakah pendapat Islam tentang trading forex?
Trading Forex: halal atau haram?
Dengan populariti trading dalam talian di seluruh dunia dan dengan hampir satu perempat daripada penduduk dunia beragama Islam, pakar-pakar sedang membincangkan cara untuk membolehkan golongan ini berdagang tanpa melanggar sebarang prinsip Islam.
Malangnya, anda tidak akan menemui jawapan yang mudah sama ada trading adalah halal atau haram, kerana trading baru sahaja memasuki kehidupan kita, dan perbincangan ini masih berlanjutan. Walau bagaimanapun, ramai pakar telah mengutarakan beberapa ciri khusus yang perlu disediakan oleh broker pada akaun Islamik mereka untuk menyokong trading yang halal. Mari kita rangkumkan hal-hal tersebut di sini.
Trading yang halal: prinsip-prinsip utama dalam kewangan Islam
Jika anda ingin meraih keuntungan daripada trading dalam talian dan tetap mematuhi tuntutan Syariah, semua aktiviti anda harus mematuhi prinsip-prinsip asas Islam: Riba (faedah), Gharar (ketidakpastian), dan Maysir (perjudian).
Pertama, kita perlu ingat bahawa undang-undang Syariah melarang umat Islam daripada memperoleh dan membayar faedah atas wang mereka. Semua transaksi mesti diproses dengan segera dan tidak boleh melibatkan faedah. Sesetengah broker membantu mencapai ini dengan akaun bebas swap tanpa sebarang bunga faedah rollover.
Selain itu, Islam melarang perjudian. Justeru itu, kita mesti memutuskan sama ada trading adalah pertaruhan yang bergantung pada nasib. Benar, trading melibatkan risiko. Jika anda hanya mengambil isyarat trading yang diterbitkan dalam pelbagai sumber dan membuka posisi anda, ia mungkin kelihatan lebih berisiko. Walau bagaimanapun, risiko boleh dan harus dikurangkan dengan menerapkan langkah-langkah pengurusan risiko dan menggunakan analisis untuk mengunjurkan pergerakan harga bagi suatu aset. Dengan cara ini, anda tidak merisikokan wang anda tanpa berfikir; anda membuat unjuran berdasarkan kefahaman anda tentang pasaran, membuat keputusan anda sendiri, dan membuka posisi anda.
Instrumen pelaburan yang halal: perkara yang perlu dipertimbangkan dalam trading yang patuh Syariah
Anda harus sentiasa mempertimbangkan beberapa instrumen tertentu untuk mematuhi prinsip-prinsip Islam. Sebagai contoh, melabur dalam syarikat yang menjual alkohol terang-terangan dianggap sebagai haram. Walau bagaimanapun, kebanyakan instrumen pelaburan dianggap halal, dengan dua pengecualian:
Bon kerana ia secara asasnya berdasarkan pada kadar faedah;
Niaga hadapan, kerana adanya faktor selang masa dalam kontrak.
Manakala alat-alat yang digunakan oleh trader dalam rutin mereka, ia tidak melanggar mana-mana prinsip Islam itu sendiri. Platform seperti MetaTrader atau aplikasi trading peranti mudah alih FBS hanya menyediakan antaramuka untuk membuka dan menutup posisi anda. Apa yang penting adalah anda tidak membayar swap semalaman dan tidak berhutang apa-apa kepada broker. Ini boleh dicapai dengan menggunakan akaun trading Islamik khusus di mana-mana platform.
Cara untuk trade mengikut undang-undang Islam: asas akaun trading Islamik
Sesetengah broker menawarkan akaun "Islamik", yang sering dirujuk sebagai akaun bebas swap. Akaun ini direka untuk membolehkan orang yang ingin mematuhi prinsip kewangan Islam menyertai aktiviti trading.
Secara asasnya, akaun trading Islamik adalah akaun yang menyokong ciri-ciri berikut:
Ia tidak membayar faedah rollover.
Tiada swap.
Selain itu, terdapat beberapa prinsip tambahan yang mungkin anda mahu patuhi. Sebagai contoh, elakkan daripada menggunakan leveraj kerana leveraj adalah wang yang anda pinjam daripada broker anda untuk membuka posisi yang lebih besar. Selain itu, pastikan anda trade dengan broker yang menawarkan pemprosesan pesanan serta-merta.
Platform trading halal: mencari broker yang tepat untuk pelaburan yang beretika
Oleh kerana akaun bebas swap dilihat kurang menguntungkan oleh broker, hanya ada beberapa broker sahaja yang mengiklankan dan menyediakan akaun ini untuk para pelanggan mereka. Namun, jika suatu broker itu beroperasi di negara-negara dengan bermajoritikan penduduk Muslim, seringkali broker-broker seperti ini akan menyediakan akaun bebas swap untuk pelanggan Muslim mereka. Menggunakan akaun Islamik akan membolehkan anda terus taat dengan ajaran Al-Quran dan Hadith, dan masih terlibat dalam aktiviti pelaburan dalam talian, serta mendapat keuntungan daripadanya.
Apakah aspek lain yang perlu anda pertimbangkan apabila memilih broker?
Akaun tersegregasi
Akaun tersegregasi bermaksud wang pelanggan disimpan secara berasingan daripada dana broker. Ini menambah lagi tahap keselamatan dan memastikan wang anda tidak terlibat dalam apa-apa kegiatan yang tidak mematuhi undang-undang Syariah.Perlindungan baki negatif
Apabila broker menawarkan perlindungan daripada baki negatif dengan ciri-ciri seperti Margin Call dan Stop Out, dana anda sentiasa dilindungi, dan baki anda tidak akan menjadi negatif. Ini bermakna anda tidak akan berhutang wang kepada broker.Tanggungjawab sosial
Ada beberapa broker yang aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan membantu golongan rentan di negara-negara mereka beroperasi. Gerak kerja amal sebegitu memenuhi salah satu prinsip Islam yang penting dalam membantu masyarakat, terutamanya semasa bulan suci Ramadan. Jika anda menyertai broker yang mengamalkan prinsip ini, anda akan tahu bahawa sebahagian daripada pendapatan yang diraih oleh broker daripada komisen anda akan digunakan untuk kegiatan yang murni.
FBS komited untuk memenuhi keperluan semua trader, termasuk trader Muslim. Ketahui cara mencipta akaun Islamik baharu atau ubah akaun sedia ada anda menjadi akaun bebas swap di sini.